PdPc Aspek Seni Bahasa (Pantun Kiasan) S.P 4.2.1

Subjek;
Bahasa Melayu
Tingkatan;
2 UM
2 UTM
Masa;
1.20 – 2.00 pm
2.40 – 3.20 pm

Kemahiran Bahasa
Aspek Seni Bahasa

EMK;
Bahasa

Nilai;
Bekerjasama

BBM;
Antologi Budi Bahasa


i-Think;
Peta Buih / Peta Bulatan




Tema / Tajuk
Pantun Kiasan (Antologi Budi Bahasa)
Standard Kandungan
4.2 Memahami dan menggunakan bandingan semacam, peribahasa, kata-kata hikmat, kiasan madah pujangga, dan bahasa berirama dalam komunikasi dan penulisan.
Standard Pembelajaran
4.2.1 Memahami, menerangkan makna dan menggunakan kata-kata hikmat dan bahasa berirama dengan betul dan mengikut konteks
Objektif
Pada akhir pembelajaran, murid dapat;
1.     Melafazkan pantun dengan nada dan intonasi yang betul.
2.     Mengenalpasti sekurang-kurangnya 2 kata hikmat yang terdapat dalam pantun dengan betul.
3.     Membina serangkap pantun yang menerangkan makna kata-kata hikmat tersebut dengan betul.
Aktiviti
1.     Induksi; Murid memberikan respon tentang serangkap pantun yang dibaca guru.
2.     Aktiviti 1; Murid melafazkan pantun.
3.     Aktiviti 2; Murid menggariskan kata-kata hikmat yang terdapat dalam pantun
4.     Aktiviti 3; Murid membina serangkap pantun secara berkumpulan menggunakan kata-kata hikmat tersebut.
5.     Penutup; Murid merumus isi pembelajaran dengan bimbingan guru.
Pentaksiran




Refleksi






Pantun Kiasan
1.     Induksi

Ular sawa meniti kayu,
Ular kapak melihat sahaja;
Mahu bertanya terasa malu,
Lelaki kacak siapakah nama.

Galakkan mereka membalas pantun.

2.     Aktiviti 1

Suruh mereka baca pantun, ikut kreativiti guru.

3.     Aktiviti 2

Kata-kata hikmat ialah kata-kata yang mempunyai makna yang bertujuan untuk memberi pengajaran, nasihat, teladan dan peringatan. Kata-kata hikmat sebahagian daripada peribahasa

Buah bacang masak serangkai
Burung dekut meniti batang
Saya dagang tidak terpakai
Macam melukut di tepi gantang = orang yang merasakan dirinya tidak penting / merendah diri

Air surut memungut bayam
Sayur diisi ke dalam kantung
Jangan diikut resmi ayam
Bertelur sebiji riuh sekampung = membesar-besarkan kejayaan atau usaha yang tidak seberapa

Sangkut terendak dekat beranda
Orang Papua anyam tak sudah
Jika tidak ada berita
Masakan tempua bersarang rendah = Setiap perkara yang berlaku pasti ada sebab musababnya

Suasa bertahil emas berbungkal
Tetapi intan tiada sesaga
Kalau kail panjang senjengkal
Usah lautan hendak diduga = Kalau ilmu sedikit jangan hendak berlawan dengan orang yang berilmu

Dang Nila memangku puan
Berembang buah pedada
Adakah gila bagimu tuan
Burung terbang dipipiskan lada = mengharapkan sesuatu yang belum pasti dapat dimilik

Guru membantu murid mengenal pasti kata-kata hikmat dalam pantun dan menerangkan maksudnya.

4.     Aktiviti 3

Pecahkan mereka kepada 5 kumpulan, setiap kumpulan ambil satu kata-kata hikmat dan bina pantun untuk menerangkan maksud kata-kata hikmat tersebut.

Contoh; Jika tidak ada berita, masakan tempua bersarang rendah


Hujan lebat basah kuyup
Memegang payung di tepi tiang
Kalau tiada angin bertiup
Masakan pokok boleh bergoyang


Kemudian arahkan mereka salin hasil kerja sendiri dan kumpulan lain dalam buku komsas.
Terima kasih

Comments

Popular posts from this blog

PdPc KSSM Seni Bahasa 4.3.2 : Membina syair

PdPc KSSM Menulis 3.6.1: Menulis Puisi (Sajak)