PdPc Aspek Seni Bahasa (Pantun Kiasan) S.P 4.2.1

Subjek; Bahasa Melayu Tingkatan; 2 UM 2 UTM Masa; 1.20 – 2.00 pm 2.40 – 3.20 pm Kemahiran Bahasa Aspek Seni Bahasa EMK; Bahasa Nilai; Bekerjasama BBM; Antologi Budi Bahasa i-Think; Peta Buih / Peta Bulatan Tema / Tajuk Pantun Kiasan (Antologi Budi Bahasa) Standard Kandungan 4.2 Memahami dan menggunakan bandingan semacam, peribahasa, kata-kata hikmat, kiasan madah pujangga, dan bahasa berirama dalam komunikasi dan penulisan. Standard Pembelajaran 4.2.1 Memahami, menerangkan makna dan menggunakan kata-kata hikmat dan bahasa berirama dengan betul dan mengikut konteks Objektif Pada akhir pembelajaran, murid dapat; 1.      Melafazkan pantun dengan nada dan intonasi yang betul. 2.      Mengenalpasti sekurang-kurangnya 2 kata hikmat yang terdapat dalam pantu...

PdPc KSSM Seni Bahasa 4.3.2 : Membina syair

Salam sejahtera kepada pengunjung dan pembaca,

Gambar di atas menunjukkan satu rancangan pembelajaran yang saya hasilkan untuk kelas Bahasa Melayu tingkatan 1. Untuk pengetahuan semua, rancangan yang sama telah saya gunakan untuk dua kelas yang lebih kurang sama arasnya. Saya hanya menggunakan buku teks sebagai bahan pembelajaran. 

Pada asalnya saya tidak mengharapkan apa-apa kerana saya sedar pasti susah bagi murid saya untuk membina serangkap syair. Oleh itu, saya cuba fikirkan cara bagaimana untuk membantu mereka. Oleh kerana syair ini dibina berdasarkan gambar, saya telah memberi cadangan kepada murid-murid saya untuk memahamkan gambar tersebut. Jadi saya arahkan mereka senaraikan beberapa frasa yang bersesuaian dengan gambar. Setelah itu, saya arahkan mereka untuk susun dan ubah suai frasa tersebut menjadi serangkap syair yang mempunyai rima disetiap baris rangkap. 

Dan inilah hasilnya!

Saya amat bersyukur kerana mereka dapat hasilkannya. Berikut hasil kerja mereka yang telah saya tulis semula untuk bacaan semua;

Pada saya, hasil kerja mereka ini sangatlah baik dan memberangsangkan. Hakikat mereka terus mencuba untuk menghasilkan serangkap syair tanpa berputus asa sudah membuatkan saya berasa gembira. Untuk pengetahuan semua, syair rangkap kedua untuk gambar kedua dari kelas 1 UMT telah dihasilkan oleh sekumpulan pelajar Cina yang lemah berbahasa Melayu. Tetapi dengan suntikan semangat dan berbakul pujian serta dengan bantuan saya mereka mampu menghasilkannya. Saya hanya membantu untuk memahamkan gambar dan memberikan beberapa patah perkataan yang tidak mereka kuasai. Oleh itu, marilah kita cungkil bakat pelajar kita tanpa berputus asa.

Akhir sekali, refleksi saya murid berjaya menghasilkan satu rangkap syair berdasarkan gambar dengan menggunakan bahasa yang menarik. Masa 40 minit dapat digunakan sebaiknya untuk rancangan pembelajaran ini. Semoga perkongsian ini dapat memberi idea kepada guru Bahasa Melayu lain.

Sekian Terima Kasih.






Comments

Popular posts from this blog

PdPc Aspek Seni Bahasa (Pantun Kiasan) S.P 4.2.1

PdPc KSSM Menulis 3.6.1: Menulis Puisi (Sajak)