PdPc Aspek Seni Bahasa (Pantun Kiasan) S.P 4.2.1

Subjek; Bahasa Melayu Tingkatan; 2 UM 2 UTM Masa; 1.20 – 2.00 pm 2.40 – 3.20 pm Kemahiran Bahasa Aspek Seni Bahasa EMK; Bahasa Nilai; Bekerjasama BBM; Antologi Budi Bahasa i-Think; Peta Buih / Peta Bulatan Tema / Tajuk Pantun Kiasan (Antologi Budi Bahasa) Standard Kandungan 4.2 Memahami dan menggunakan bandingan semacam, peribahasa, kata-kata hikmat, kiasan madah pujangga, dan bahasa berirama dalam komunikasi dan penulisan. Standard Pembelajaran 4.2.1 Memahami, menerangkan makna dan menggunakan kata-kata hikmat dan bahasa berirama dengan betul dan mengikut konteks Objektif Pada akhir pembelajaran, murid dapat; 1.      Melafazkan pantun dengan nada dan intonasi yang betul. 2.      Mengenalpasti sekurang-kurangnya 2 kata hikmat yang terdapat dalam pantu...

PdPc KSSM Menulis 3.6.1: Menulis Puisi (Sajak)

Salam sejahtera kepada pengunjung dan pembaca sekalian,

Seterusnya saya ingin berkongsi aktiviti pdpc menulis puisi iaitu sajak.  Di atas merupakan rancangan pembelajaran yang telah dirancang untuk tujuan tersebut. Semasa rancangan pembelajaran ini dijalankan, rata-rata murid tidak mengenali Hang Nadim.. huhuhuhu.. Di dalam buku teks pun tidak diceritakan tentang kisah Hang Nadim. Oleh sebab itu, saya terpaksa menceritakan kepada mereka tentang kisah Hang Nadim supaya mereka dapat menulis puisi tentang Hang Nadim.

Seterusnya, saya menggunakan kaedah yang sama dengan syair obor kejayaan iaitu mengarahkan murid untuk memahamkan cerita dan menyenaraikan isi cerita dengan menulis frasa-frasa yang sesuai. Untuk kisah Hang Nadim saya bahagikan kepada 3 isi utama iaitu yang pertama keadaan Singapura, yang kedua karakter Hang Nadim dan yang ketiga ialah perasaan murid terhadap kisah ini. Semua isi cerita ini boleh disenaraikan menggunakan peta buih atau peta pokok. Kalau ada yang masih tidak tahu Hang Nadim ialah hero dalam kisah Singapura dilanggar todak.

Setelah mereka menyenaraikan 3 isi utama yang diperlukan seterusnya mereka meneruskan untuk menulis sajak. Untuk memastikan sajak yang dihasilkan tidak terlalu pendek, saya menetapkan syarat untuk menulis dua rangkap sajak dengan setiap rangkap mengandungi 6 baris. Saya juga mensyaratkan mereka untuk memastikan sajak mereka mempunyai rima.

Selama 1 jam 20 minit mereka berjaya menghasilkan sajak tentang Hang Nadim. Berikut hasil kerja mereka;

Sajak 1USM
ini adalah 2 puisi terbaik dari dua kelas berbeza. Kiri dari kelas 1USM dan kanan dari kelas 1UMT

Secara keseluruhannya hasil kerja mereka agak baik juga kerana ini adalah pertama kali mereka menulis puisi. Oleh itu, usaha mereka wajar dipuji walaupun terdapat banyak ruang penambahbaikan. Semoga permulaan ini bukanlah penamatnya. Diharapkan mereka dapat menghasilkan puisi yang lebih baik lagi pada masa akan datang. Semoga perkongsian ini menjadi motivasi guru Bahasa Melayu yang lain untuk terus berusaha mencungkil bakat pelajar.

Sekian Terima Kasih.

Comments

Popular posts from this blog

PdPc Aspek Seni Bahasa (Pantun Kiasan) S.P 4.2.1

PdPc KSSM Seni Bahasa 4.3.2 : Membina syair