Posts

PdPc Aspek Seni Bahasa (Pantun Kiasan) S.P 4.2.1

Subjek; Bahasa Melayu Tingkatan; 2 UM 2 UTM Masa; 1.20 – 2.00 pm 2.40 – 3.20 pm Kemahiran Bahasa Aspek Seni Bahasa EMK; Bahasa Nilai; Bekerjasama BBM; Antologi Budi Bahasa i-Think; Peta Buih / Peta Bulatan Tema / Tajuk Pantun Kiasan (Antologi Budi Bahasa) Standard Kandungan 4.2 Memahami dan menggunakan bandingan semacam, peribahasa, kata-kata hikmat, kiasan madah pujangga, dan bahasa berirama dalam komunikasi dan penulisan. Standard Pembelajaran 4.2.1 Memahami, menerangkan makna dan menggunakan kata-kata hikmat dan bahasa berirama dengan betul dan mengikut konteks Objektif Pada akhir pembelajaran, murid dapat; 1.      Melafazkan pantun dengan nada dan intonasi yang betul. 2.      Mengenalpasti sekurang-kurangnya 2 kata hikmat yang terdapat dalam pantu...

PdPc KSSM Menulis 3.6.1: Menulis Puisi (Sajak)

Image
Salam sejahtera kepada pengunjung dan pembaca sekalian, Seterusnya saya ingin berkongsi aktiviti pdpc menulis puisi iaitu sajak.  Di atas merupakan rancangan pembelajaran yang telah dirancang untuk tujuan tersebut. Semasa rancangan pembelajaran ini dijalankan, rata-rata murid tidak mengenali Hang Nadim.. huhuhuhu.. Di dalam buku teks pun tidak diceritakan tentang kisah Hang Nadim. Oleh sebab itu, saya terpaksa menceritakan kepada mereka tentang kisah Hang Nadim supaya mereka dapat menulis puisi tentang Hang Nadim. Seterusnya, saya menggunakan kaedah yang sama dengan syair obor kejayaan iaitu mengarahkan murid untuk memahamkan cerita dan menyenaraikan isi cerita dengan menulis frasa-frasa yang sesuai. Untuk kisah Hang Nadim saya bahagikan kepada 3 isi utama iaitu yang pertama keadaan Singapura, yang kedua karakter Hang Nadim dan yang ketiga ialah perasaan murid terhadap kisah ini. Semua isi cerita ini boleh disenaraikan menggunakan peta buih atau peta pokok. Kalau ada yan...

PdPc KSSM Seni Bahasa 4.3.2 : Membina syair

Image
Salam sejahtera kepada pengunjung dan pembaca, Gambar di atas menunjukkan satu rancangan pembelajaran yang saya hasilkan untuk kelas Bahasa Melayu tingkatan 1. Untuk pengetahuan semua, rancangan yang sama telah saya gunakan untuk dua kelas yang lebih kurang sama arasnya. Saya hanya menggunakan buku teks sebagai bahan pembelajaran.  Pada asalnya saya tidak mengharapkan apa-apa kerana saya sedar pasti susah bagi murid saya untuk membina serangkap syair. Oleh itu, saya cuba fikirkan cara bagaimana untuk membantu mereka. Oleh kerana syair ini dibina berdasarkan gambar, saya telah memberi cadangan kepada murid-murid saya untuk memahamkan gambar tersebut. Jadi saya arahkan mereka senaraikan beberapa frasa yang bersesuaian dengan gambar. Setelah itu, saya arahkan mereka untuk susun dan ubah suai frasa tersebut menjadi serangkap syair yang mempunyai rima disetiap baris rangkap.  Dan inilah hasilnya! Saya amat bersyukur kerana mereka dapat hasilkannya. Berikut ...

Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Sebagai pengenalan, saya seorang cikgu Bahasa Melayu yang bukan option ingin berkongsi pengalaman mengajar dalam subjek ini terutama untuk menengah rendah. Saya juga ingin berkongsi cara saya mengajar dalam kurikulum baharu iaitu KSSM.  Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua guru Bahasa Melayu terutama guru-guru yang bukan option seperti saya. Nantikan artikel saya yang seterusnya ya!  Sekian, Cikgu Zana